Thursday 27 June 2013

Bintulu Buskers | Affendi | Cajon, Drum, Percussionist

(Ulasan dalam dialek Sarawak)
Sebelum tok dalam entri yang lamak mek orang ada memperkenalkan ngan kitak orang beberapa personaliti dalam Bintulu Buskers, dan untuk entri kali tok mek orang akan memperkenalkan seorang gik ahli busker yang telah lamak bersama Bintulu Buskers dan boleh juak dianggap otai dalam hal muzik tok.
Sempena dengan ulang tahunnya kamek orang dari Bintulu Buskers mok mengucapkan selamat hari lahir kat Affendy Junaidi, seorang pemain Cajon, percussion dalam Bintulu Buskers.

Affendy juak lebih senang dipanggil dengan nama pendi oleh rakan-rakan nya dan Sempendei nama panggilan dalam Busker. Nya tok dah lamak juak bersama ngan Bintulu Buskers dari tahun 2010 mun sik silap la.
Pendi juak merupan seorang drummer yang hebat, dan kamek orang sik heran lah mun nya selalu jak jadi drummer pinjaman oleh kebanyakan band di sekitar Bintulu tok, malah band dari luar Bintulu juak ada guna khidmatnya dan memang bakat besarnya sik dapat dinafikan agik. Walaupun nya seorang drummer yang hebat tetapi nya masih setia bersama Bintulu Buskers walaupun hanya sekadar bermain Cajon, Percussion. Ucapan terima kasih sekali lagi buat Pendi, busker-busker lain sangat sayang akan anda yang dah bersama melalui pahit getir ngan busker-busker lain..
kamek orang titipkan gambar-gambar nya :-
Affendy dan cajon, gambar dulu sewaktu busking di hadapan Park City Mall. InsyaAllah lepas ni nanti kita akan usahakan lagi untuk busking di sini sekali lagi, kini tapak busking dah jadi kedai kopi.
Pendi tok istimewa sikit sebab nya ada pengawal peribadi dalam busker iaitu Lee dan Chas.
Lain-lain gambar nya klak mekorang akan nambah, sik sempat nak carik sebab gago gilak duak tiga hari tok.

Monday 17 June 2013

BUSKING DAY BERSAMA BUKU JALANAN

Bertarikh 16 Jun 2013, Bintulu Buskers mengadakan sesi busking mingguan seperti biasa di lokasi Waterfront Bintulu dan kali ini kami tidak busking sendirian kerana ada jiran baru yang memeriahkan lagi aktiviti riada buat warga Bintulu.
Siapa jiran baru kami tu?
Bukan geng Senamrobik seluar ketat la.....yang kebetulan tiada membuat senaman semalam, tetapi rakan dari Buku Jalanan Bintulu.
Apa itu Buku Jalanan Bintulu?
Nak tahu lagi lanjut bolehlah "Like" pages facebook dengan kata carian Buku Jalanan Bintulu.

Kami titipkan gambar sesi busking dan buku jalanan semalam.

Panorama busking petang hari di Waterfront Bintulu

Chas Liew dengan lagu Chinese

Barangkali Marus Kamaruddin dengan lagu-lagu dangdut.

Acim yang menjadi kegilaan wanita, ada juga awek yang datang semata-mata nak tengok Acim busking.


Ini dia jiran baru kami Buku Jalanan Bintulu, gambar saudara Adi Herman yang menderma bahan bacaan kepada Barangkali Marus

Makin petang makin ramai pengunjung

Fareez sedang mentelaah buku judul "Bercakap Dengan Jin"



info :-
Buku Jalanan Bintulu

Wednesday 5 June 2013

Majlis Perkahwinan Hazerin & Afida @ Parkcity Everly Hotel Miri


Pada hari Ahad, 2 Jun 2013 yang lepas, kami sekali lagi dijemput ke Miri untuk membuat persembahan sempena Majlis Perkahwinan Hazerin & Afida.
Walaupun hanya 4 orang ahli busker yg dapat hadir membuat persembahan (busker c) kerana yang lainnya masih sibuk dengan komitmen masing-masing, ianya tidak menghalang kami untuk membuat persembahan. 

Antara ahli busker yang hadir:
Ahmad Dzulfadzli - Vocal
Chas Liew - Guitar / Backing Voc
Hazzika - Bass
Fareez - Cajon / Percussion
Fareez yang biasanya diposisi gitar kini bermain cajon.
Barisan busker C
Rasanya ini adalah kali yang kedua kami membuat persembahan di lokasi yang sama.
Gabungan suara Ahmad Dzulfadli dan Chas Liew memantapkan persembahan, sementara Hazzika masih lagi kekal diposisi bass tapi kali ini rambutnya tak berapa nak Mohawk.
Gambar Aksi busker C, Hazzika kat belakang Ahmad Dzulfadli.