Tuesday 6 August 2013

Disebalik Tabir Rakaman Lagu Untuk Klip Video Raya Part 3

Kami kongsikan lagi beberapa gambar sekitar sesi rakaman video cover lagu raya "Suasana Hari Raya". Terima kasih kepada Bro Anam yang sudi bersusah payah untuk dapatkan gambar dan kongsikan kepada Bintulu Buskers.
































Nank tengok hasilnya..? Tak sempat entri ni keluar pun video cover lagu raya ni dah diupload dalam fb dan youtube..hehehe

Monday 5 August 2013

Disebalik Tabir Rakaman Lagu Untuk Klip Video Raya Part 2

Sambungan dari kisah rakaman video raya lagu "Suasana Hari Raya" cover yang kami buat dalam bulan puasa ni. Pada 03 Oros 2013 (Sabtu) sebahagian rakan busker telah menyambung sesi rakaman suara kali ini di Studio Reg, saya sendiri tidak dapat menghadiri untuk sesi kedua ni sebab tiada di Bintulu ketika itu, lagipun pada malam itu hanya di buat rakaman suara sahaja yang melibatkan vokalis Bintulu Buskers.
 
Busker yang hadir :-
1. Ahmad Dzulfadli
2. Gazelina Mark
3. Muhammad Adwa Liew
4. Adi Herman
 
Tak ada gambar yang mereka bagi kat Barangkali untuk dientrikan kejam betul...hehehehe, ini pun rembat dari fb diorang.




Program Sentuhan Kasih Petronas

Pada 27 Julai 2013 (Sabtu) Kami telah sama sama menjayakan Program Sentuhan Kasih Petronas yang mana meraikan hari istimewa buat anak anak yatim disekitar Bintulu bersama keluarga angkat mereka yang terdiri dari wargakerja Petronas sendiri.

Selain kita mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan sememangnya dianjurkan bagi umat islam untuk memperbanyakkan amal sebagai contoh membantu anak anak yatim. Kami dari Bintulu Buskers juga amat berbesar hati terlibat dalam program yang baik sebegini.

Dititipkan beberapa gambar sekitar  program tersebut :-

Lagu yang kami persembahkan pada majlis tersebut :-
1. Instrumental seruling "Dari Sebuah Pengembaraan"
2. Lagu "Sentuhan Listrikmu"
3. Instrumental seruling "Mutiara Dari Sang Kepah"
4. Instrumental seruling "Tari-tari Wau"
5. Lagu "Sesuatu Yang Tertunda"

Lepak tepi sambil buat persiapan


Anak anak yatim menerima sumbangan .
Atas pentas yang disiapkan dengan hiasan yang menarik, aura raya pun dah kuat masa tu..


Barangkali Marus dengan serulingnya.

Fareez Hamzah

Hashim.

Affendy.

Nasuki Malim.
 
Muhammad Adwa Liew.


Selesai sahaja persembahan, kami sempat bergambar. kali ni tak banyak gambar BELAQON sebab kena jaga tingkah dengan imej yang dibawa.hehehe
Busker yang terlibat :-
1. Barangkali Marus Kamaruddin - Seruling Bambu
2. Fareez Hamzah - Bass
3. Muhammad Adwa Liew -Gitar, Vokalis
4. Nasuki Malim - Percussion
5. Affendi - Cajon, Gendang Rebana
6. Hashim - Gitar

Friday 2 August 2013

KLMJ : BUSKING TOUR PART I

Dititipkan 12 gambar sewaktu jelajah busking yang pertama di Waterfront Kuching pada 15 Disember 2012. Merupakan siri jelajah busking pertama di sekitar Sarawak.
 
Sang busker yang terlibat :
Barangkali Marus - 
Nasuki Malim
Fareez Hamzah
Muhammad Adwa Liew
Ahmad dzulfadli
Hazzika ariffin
Affendi
Hashim
 
 











Pengunjung disana juga ingin menyanyi bersama kami.

Yang pasti sambutan warga Kuching untuk jelajah pertama ini sangat memberangsangkan.. Terima kasih orang orang Kuching.

Sekian.....