Thursday 12 December 2013

8 Tahun Bintulu Buskers

2013 Usia Bintulu Buskers sudah pun 8 Tahun, mungkin ada yang menganggap itu sudah lama dan mungkin juga sebaliknya, apa yang pasti sepanjang 8 tahun penubuhan Bintulu Buskers secara rasminya itu telah banyak memberi seribu kenangan samada pahit atau manis.

 
Rakan buskers awal sewaktu pembukaan Waterfront Bintulu kepada orang awam.
Sepanjang kami bergiat aktif dalam persembahan jalanan dan juga persembahan jemputan di majlis orang, macam macam ragam dan karenah terpaksa kami lalui antaranya, kami pernah dicemuh sebagai peminta sedekah, ada juga jemputan persembahan yang di batalkan disaat saat akhir. Banyak lagi kisah yang berlaku sepanjang penubuhan kami, nak tahu lebih lanjut kami boleh kongsikan di ruangan MEENOM.

Logo awal

Logo yang digunakan dalam Video
Official logo 2010
Official logo 2011 hingga sekarang


Genre : Akustik

Facebook page :
http://www.facebook.com/BintuluBuskers

Facebook group page :

Twitter : https://twitter.com/Bintulu_Buskers

Youtube page :
http://www.youtube.com/666nasuki666
http://www.youtube.com/hazzika8

Contact us

bintulubuskers@gmail.com



~ Sing along with us ~

Thursday 12 September 2013

Busking For Syria

Pada 07-08 September 2013 (Sabtu/Ahad) yang lalu sekitar jam 4.00 hinga 6.30 petang, Bintulu Buskers bersama sebuah pertubuhan NGO iaitu IKRAM (ikram4Syria) telah mengadakan sesi busking amal bertempat di tapak Pesta Layang Layang Antarabangsa Bintulu 2013, Lapangan Terbang Lama Bintulu, bagi mengutip dana untuk pelarian Syria yang kekurangan makanan, ubat ubatan dan lain lain keperluan. Sepanjang dua hari busking diadakan kami telah berjaya mengutip sebanyak RM2*** dan ucapan terima kasih kepada semua yang prihatin dan menderma terutama warga Bintulu yang hadir menjayakan Busking amal ini. Dititipkan beberapa gambar dari Camera Samsung Galaxy sepanjang sesi busking amal diadakan.

Day 1 - Sesi busking dibuat dihadapan gerai jualan kraftangan auntie Sally.




Ini dia penari jemputan Bintulu Buskers (seluar celoreng askar) pada petang itu yang menggamatkan lagi suasana.

Tarian memukau dari Usher












Day 2 - Sesi busking dihari kedua, kami mencari sendiri lokasi lain, dan pada tengah hari itu Barangkali Marus sendiri telah berjumpa dengan urusetia tapak pesta dan memohon untuk tapak lokasi busking, tetapi pihak urusetia memaklumkan bahawa tapak untuk kami sudah penuh disewa oleh peniaga, akan tetapi sekiranya para penyewa sudi menyelitkan kami di tapak mereka pihak urusetia tiada halangan asalkan tindak mengganggu pentas utama. Sejurus itu Barangkali Marus teruslah meninjau lokasi tapak pesta dan bertanyakan kepada penyewa yang sudi menempatkan kami. Syukurlah ada ruang untuk kami petang itu, Barangkali Marus berjumpa sendiri kepada pihak penyewa iaitu pihak dari Etiqa dan Astro yang mana lokasi kami busking diantara kedua penyewa tersebut dan mereka bersetuju menempatkan kami disana.

Rundingan berjaya bersama wakil Etiqa. hahaha

Wakil Astro..
Sekitar jam 4.30 sudah ramai pengunjung yang hadir menanti kami yang sedang buat persiapan..


Sebagai pembukaan Barangkali Marus menyampaikan ceramah dan sedikit info mengenai isu Syria dan isu semasa, juga sempat memperkenalkan IKRAM, Bintulu Buskers dan Buku Jalanan Bintulu kepada pengunjung.

Loyar burok sikit.

Persembahan pembukaan dimulai dengan nyanyian dari Muhammad Adwa Liew.










Pengunjung yang supporting diajak menyanyi dan menari bersama..

Sekitar jam 6.30 petang kami selesai.
Buskers yang terlibat :

Nasuki Malim
Fareez Hamzah
Muhammad Adwa Liew
Barangkali Marus Kamaruddin
Affendi Junaidi
Hashim
Naqie Yudin
Hazzika Ariffin

Nurzaiti Binti Hamdan - Wakil IKRAM
Sarah Budin -Moderator Buku Jalanan Bintulu