Friday 26 April 2013

KLMJ : TRIP KE KOTA KINABALU BUSKING BERSAMA BORNEO BUSKERS (SABAH & SARAWAK)



Entri KLMJ kali ini BB nak kongsikan kisah penglibatan antara dua buah negeri berjiran iaitu Sabah dan Sarawak yang menjadikan pentas muzik jalanan itu sebagai satu ikatan kekeluargaan. Maka terjadilah sejarah apabila kami dari Bintulu Buskers bergabung bersama rakan rakan musisi dari Sabah yang rata rata ketika itu mereka adalah dalam keluarga KKMP (KK Music Production) dan kami mengadakan busking.

Titik pertemuan antara BB dan KKMP bermula apabila kami mengenali Robsen a.k.a Aqasyahirul dan Tajul Andez melalui facebook ,kita orang panggil nama singkatan di 'Cen'. Di situ komunikasi antara kami baik dan sering bertukar-tukar cerita mengenai muzik. Kebetulan sebelum perkenalan itu, kami dari BB telah awal menempah tiket Kapal terbang Air Asia yang mana ketika itu di iklankan 6 bulan sebelumnya dengan harga yang murah dan kami terus rencanakan misi percutian kami ke Sabah.

Seperti biasa sekiranya sang busker merancangkan trip ke luar Bintulu sudah semestinya peluang itu digunakan untuk busking sekali. Itulah yang terjadi bila trip ke Sabah ini di rencanakan.

Pada 25 Mei 2011(Rabu), kami telah tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Sabah melalui penerbangan Miri ke Kota Kinabalu, sebelumnya kami memandu kenderaan sendiri dari Bintulu ke Miri.

Dalam rencana awal seramai 10 orang yang pergi tetapi setelah sampai ke tarikh itu hanya 7 orang saja yang menyertai trip ini iaitu :-

Saya sendiri Barangkali Marus (ketua rombongan)
Nasuki Malim (juru video guna iPhone 4 masa tu)
Fareez Hamzah (pembantu juru kamera)
Iskandar Ismail (juru kamera)
Yasmin (smeteter crew)
Aminah (smeteter crew)
Yanie (smeteter crew merangkap juru kamera Lomo praktikal)

Setibanya di tempat penginapan kami iaitu di Promanade Api Api, kami terus di datangi oleh Robsen dan 2 orang rakannya yang aku dah lupa namanya. Terus di situlah pertemuan pertama kami dan kami terus menjadualkan aktiviti untuk busking dan aktiviti lain yang mereka sendiri telah aturkan juga untuk kami bagi mengisi percutian kami di sana. 

Di hari ke 2 disana kami telah rencanakan untuk ke pulau dan hari ke 3 pula kami bersiar di sekitar kota.


*Misi Busking
Hari ke 4 iaitu 25 Mei 2011 (Sabtu) petang itu sekitar jam 4 kami mulakan aktiviti busking di Dataran Todak yang tak jauh dari Hotel Hyatt. Kami dari BB hanya berbekalkan sebijik gitar iaitu 12 strings Tanglewood dan harmonika aku saja. Robsen datang siap bawa kawan busking bersama. Pada sebelah tengah hari sebelum busking itu kami sempat pergi ke Centre Point untuk bagi sokongan kepada Robcen yang masuk final pertandingan menyanyi.

Dititipkan gambar busking pada hari itu.


Nasuki bersama Otakk.. Brader yang tak di kenali ini lepak kat situ tengok kita orang busking dan terus
masok line join sekaki, brader ini mendendangkan lagu "Tarik Ganja dan Bulan 8 di Sandakan" hehe
.



Rasa macam peragawan pun ada. haha. Bila tengok ikan todak belakang tu, korang pasti dah
dapat bayangkan apa yang menarik kat situ



Robsen mengepalai kami busking pada petang itu.


Aku dah lupa dah nama yang paling kanan dalam gambar tu. Cuma aku ingat nama
Glamour nya Polat Sii Khiyo dan sebelah Robsen tu Rojan Ariez
 




Yasmin, Yanie, Aminah, Fareez duduk santai tengok rakan-rakan dari Sabah busking,
al maklum lah tempat orang tak boleh tunjuk belang.





Hari ke 5, 26 Mei 2011 (Ahad). Rakan rakan dari KKMP ni memang sangat peramah, jadi pada hari itu mereka telah merencanakan  aktiviti menarik petang tu. Sekitar jam 3 petang kami telah berkumpul di Pantai Tanjung Aru dan mengadakan BBQ sambil busking. Kali ini yang hadir lagi ramai dan kami tak sangka pula sambutan di kalangan mereka cukup baik.



Aku sangat teruja dapat memukul Djembe ni


Aksi Buskers Sabah


Djembe dan Seruling ni aku beli kat sana sebagai buah tangan balik dari Sabah



Julie Melissa Justin dengan nyanyian yang cukup mengujakan kami



Robsen dan Rojan Ariez sekali lagi bersama kami, manakala Nasuki sedang tengok awek kat tepi hahaha (gurau je)









Rodie Sofarz orang kuat KKMP STUDIO membawa kek hari jadi, tapi aku lupa untuk anak nya atau isterinya. haha. Fareez mengalun rentak Cajon

Inilah alat muzik yang kami guna untuk busking pada petang tersebut



Dinima Fatimah Saad, juga senang di panggil "Ibu" oleh semua dan yang palingsenior antara kami semua. Sesungguhnya beliau sentiasa menyokong aktiviti anak muda di sekitar Sabah. Respect !



Bila semua dah makan kenyang, hati pun senang untuk menyanyi menari bersama



Lagu "Abang Beca"



 Lagu 'Anak Kampung' di mainkan. Waktu tu lagu ni memang popular di Sabah, Balik sahaja dari Sabah kami terus bawa lagu ini dalam sesi busking kami di Bintulu, tapi masa tu tak ramai sangat yang tahu, dalam corong radio pun belum keluar lagi, sehinggalah beberapa minggu kemudian terus lagu ni meletop kat Sarawak dan sehingga kini seluruh Malaysia dah tahu lagu ini macam virus merebak.



Awek yang cuba main seruling yang aku tinggalkan atas kerusi. Ceewwahhhhhh ~ 



Bila dah ramai memang seronok la nyanyi sambil ber-Poco Poco,
siap pelancong minah salleh pun tutur serta sekali. Nasuki turut bersama di dalam gambar.

Poco Poco diiringi akustik, dan sangat jelas sekali beat Djembe mengikut rentak senaman.



 Dinima Fatimah Saad bagi tunjuk ajar sikit gerak tari Sabah.


Layan habis


Nasuki Malim pun nak Poco poco juga gara gara nak tengok dekat minah salleh tu.


Barisan Busker dari Sarawak dan Sabah bergabung mantap..
Fareez yang bermain Cajon sebelah aku tercicir dalam gambar.



Sha la la sha la la ....




Jejaka Sabahan




Akhirnya ada juga jejaka Sarawakian kita ni menyorok belakang.


Wakil dari KKMP dan Bintulu Buskers @ Pantai Tanjung Aru, 
berlatar belakangkan Pulau Manukan dan Pulau Sapi yang 
mana kedua dua pulau tersebut telah kami lawati.

Banyak lagi gambar sebenarnya tapi cuma ini saja dalam simpanan aku, begitu juga video yang dirakam melalu iPhone Nasuki Malim cuma tak pasti sama ada masih lagi dalam simpanan beliau atau tidak.Kalau ada akan kami kongsikan kemudian.
Banyak perkara yang Saya bersama Fareez dan Nasuki pelajari dari mereka dan begitu juga mereka yang mendapat sesuatu ilmu dari kami BB kongsikan pada mereka, walaupun pada mulanya kami merasa humble sikit bersama mereka (malu di tempat org hehe), Kami bertiga rasa bertanggung jawab untuk merekrut semula ahli-ahli BB yang tak berkesempatan bersama kami di Sabah agar memutuskan lagi urat malu mereka. hehehe.

Masih aku ingat ketika kami di Sabah, rakan busker Sabah ada menyanyikan lagu rakyat mereka iaitu 'Tinggi Tinggi Gunung Kinabalu' ketika busking, jadi aku rasa sesuatu yang kurang pada Bintulu Buskers ketika itu yang tak bawa lagu rakyat dari Sarawak. Oleh kerana itulah sekembalinya kami ke Sarawak, aku terus mencadangkan lagu rakyat Sarawak iaitu lagu 'Puteri Santubong Puteri Sejinjang dan lagu Pak Tambang' untuk dijadikan lagu rakyat tersebut sebagai lagu rasmi Bintulu Buskers yang mana lagu tersebut aku medley kan dan telah diolah sedikit oleh Fareez sehingga menjadi sedap bila di persembahkan. haha ! 
Terlalu banyak pengalaman manis yang kami perolehi hingga tak bisa untuk diluahkan..wah..hebat ayat ya. InsyaAllah kalau berkesempatan waktu ingin sekali kami datang ke Sabah untuk busking lagi bersama rakan-rakan disana, dan manalah tahu dapat bersama sekali dengan rakan rakan dari Orkes Akiuku (Sabah Ukulele Group) yang tak berkesempatan bersama kami ketika busking bersama KKMP ketika itu.

Kami mengucapkan setinggi terima kasih kami kepada semua rakan-rakan busker dari Sabah terutama buat Robsen, Tajul Andez, Rojan Ariez, Rodie Sofazr, Julie Melissa Justin, Yakin Alwi, Polat Sii Khiyo, Timothy Tharmeizi Suzien, Dinima Fatimah Saad, Brader Otakk dan lain lain yang tak dapat saya titipkan nama, al maklum la banyak makan semut.

Ayat penutup ruangan KLMJ kali ini............Sekian.

             
                                       "Muzik Jalanan bisa temukan persahabatan"


Sedikit info buat anda :

BORNEO BUSKERS

Orkes Akiuku (Sabah Ukulele Group)

Wednesday 24 April 2013

BUSKING TOUR PART II (MARCH 2013) @ KCH WATERFRONT


Pada 23 dan 24 Mac 2013 (Sabtu/ahad) bulan lepas, kami sekali lagi berkesempatan untuk mengadakan Jelajah Busking ke 2 (Busking Tour Part II)  di Waterfront Kuching iaitu lokasi yang sama untuk Jelajah Busking 1. Sebenarnya kami telah diundang untuk membuat persembahan di majlis persandingan Badiozaman & Nuranisa di Kuching yang diadakan di Dewan Baitulmal pada pagi ahad dan di kesempatan itulah kami terus mengambil peluang 2 hari berada di Kuching untuk mengadakan Jelajah busking ke 2 ini.

23 Mac 2013 (Sabtu)

Sesi busking untuk hari pertama kami jadualkan bermula sekitar jam 3 petang, Memandangkan terdapat masalah yang berlaku KLIK SINI, kami bermula agak lewat iaitu sekitar jam 6 petang. Walaupun ketika itu semua sang buskers masih dalam kepenatan, tetapi kerana semangat busking yang kuat itulah yang membuatkan kami terus semangat untuk meneruskan rancangan. Segala keresahan, kemurungan dan segala macam perasaan duka kami luahkan dalam lagu yang di persembahkan semasa busking untuk melepaskan tekanan akibat masalah yang berlaku.

Tak banyak gambar yang sempat kami rakamkan sekitar hari pertama, yang pasti pengunjung tempatan dan pelancong yang ada di situ sentiasa memberi sokongan kepada kami sepanjang aktiviti busking.

Sekitar jam 8.30 malam tiba-tiba lampu yang menerangi Waterfront ketika itu padam. Baru kami ingat pada malam yang sama telah diadakan 60' Earth Hour. Dalam kegelapan itu jugalah kami meneruskan persembahan dengan beberapa lagu yang mana ketika itu kami telah di datangi sekumpulan keluarga yang sangat supporting menari bersama mengikut rentak lagu ceria. haha.. Selepas lagu berakhir mereka pun beredar, kami pun juga menamatkan sesi busking pada hari itu sekitar jam 9 mlm untuk berehat.


24 Mac 2013 (Ahad)

Hari ke 2 Jelajah Busking agak menarik sedikit. Kami bermula sekitar jam 4 petang dan sudah pastinya hari terakhir jelajah busking kami berikan persembahan yang terbaik buat pengunjung di sana.

Dititipkan gambar buat tatapan bersama....

Chaseslee intro


Salah seorang diantara vocalist baru Buskers. Gaze dgn lagu Basanova dan Sinaran.



Dayang Nurulfiza & Barangkali Marus dgn lagu Ombak Rindu. Betul2 Ombak rindu ni, bukan main2. hi hi


Ahmad Dzulfadzli vokalist pujaan ramai dengan suaranya yang merdu 



Juga salah seorang ahli baru Buskers, Wena Wenna.



Chas dengan lagu hit nya "Ni shi wo de yen". Cair la awek dengar tu...


Barangkali Marus dengan persembahan solonya.. Lagu Sesuatu Yang Tertunda.




Tak sah kalau Busking tak ada instrumental seruling dari Barangkali Marus. Barangkali lah. (Gambar dr Najib)




(Gambar dari Najib)




(Gambar dari Najib)


(Gambar dari Najib)


Sang Busker yang hadir sepanjang 2 hari

Ahmad Dzulfadli
Gazelina
Wenna
Dayang Nurulfiza
Zailina
Hazzika
Affendi
Chas
Fareez
Barangkali Marus


Terima kasih yang istimewa juga buat Bro Najib Hasim serta keluarga


Kami dari Bintulu Buskers mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung Waterfront Kuching, Busker2 Kuching, penjaja di sekitar Waterfront, pelancong-pelancong dan siapa saja yang sudi bersama kami selama 2 hari sesi Jelajah Busking ke II ini. Kami sangat menghargai kesetiaan anda dan InsyaAllah jika lapang dan punya kesempatan yang lain, kami akan datang sekali lagi untuk aktiviti busking seterusnya.



PENULIS : BARANGKALI
TUKANG FILTER : ES, lol



Thursday 4 April 2013

PERCUTIAN RIANG DUKA BINTULU BUSKERS ( 22 MARCH 2013 )

Kisah entri kali ini saya (Barangkali Marus Kamaruddin) akan menceritakan suka duka perjalanan Bintulu Buskers mengharungi keceriaan dalam kedukaan yang mana kisah baru sejarah hitam yang terpalit ini cukup memberikan kesan yang mendalam bagi sang buskers yang melaluinya sendiri. Semoga coretan ini mampu sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada kita bahawa ajal dan maut itu di tangan Tuhan.

Sebelum memulakan cerita,ingin sekali saya kongsikan satu Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:  


"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun." - (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Kesimpulan Hadis:  

1. Sabar menghadapi cubaan boleh menghapuskan segala dosa.
2. Cubaan yang paling dahsyat adalah cubaan yang dihadapi oleh para nabi kemudian orang-orang soleh seterusnya ke bawah secara berturut-turut.

Dari apa yang kami pelajari SABAR itu memang penting dalam meneruskan kehidupan, tak lupa juga buat kawan-kawan yang sekian lama bersama dan juga sama membantu dalam menciptakan sabar bagi menumpuh dugaan ini.

Kisah keceriaan ini di mulakan apabila sekali lagi kami menerima undangan untuk mengadakan persembahan di majlis perkahwinan Badiozaman & Nuranisa di Kuching yang diadakan di Dewan Baitulmal pada 24 Mac 2011. Seperti biasa bila mendapat undangan sebegini awal-awal lagi saya dan rakan rakan yang lain buat persiapan latihan persembahan dan untuk kali ini

Tengok Nasuki, dia sibuk dengan rokok elektroniknya.
Bintulu Buskers menampilkan muka baru untuk sama menjayakan perembahan iaitu Gaze Veronica Mark dan Wena Wenna yang tampil buat kali kedua bersama kami, manakala Nasuki Malim yang diharapkan turut serta untuk persembahan kali ini pula yang tidak dapat bersama kami kerana permohonan cutinya tidak diluluskan kata nya yang
memaklumkan kepada saya melalui perbualan telefon nokia nya setelah kehilangan iPhone4s. Jadi tak dapat la orang orang Kuching melihat tarian unik percussion dari beliau. Begitu juga dengan Jurukamera rasmi Bintulu Buskers kami iaitu Anam Baseri juga tidak dapat bersama sama untuk kali ini. Seperti biasalah tabiat sang busker yang suka main-main dan bila dah nak dekat tarikh nak pergi baru nak serius praktis. (last minit last minit)

Tup tap tup tap... bermulalah kisah tersirat dari keriangan kami, maka hari nya tiba untuk kami memulakan perjalanan ke Kuching iaitu pada malam 22 Mac 2013, Jumaat. Sebelum memulakan perjalanan kami telah berkumpul di rumah Hazzika (Bassist) @ The Hero Place (tempat kami selalu mengadakan sesi latihan). Perjalanan kami telah dibahagikan kepada 2 kumpulan yang mana kumpulan pertama Hazzika bersama isterinya Zailina menaiki bas. Manakala kumpulan kedua menaiki dua buah kereta iaitu saya bersama, Affendi (Cajon) dan Fareez (Guitar) menaiki kereta VIVA QMT 1785 juga saya berikan jolokan nama “White Buskers” dan Ahmad Dzulfadli (Vocalist) , Charles (Guitarist), Gaze (Voc) dan Wenna (Voc) pula menaiki QTJ 8451. Kami memulakan perjalanan lebih kurang jam 11 mlm.

Memandangkan kami adalah kumpulan kedua yang mana menaiki kenderaan sendiri, jadi adalah lebih molek kami “meenom” dulu di SEDC. Aktiviti meenom kami juga di hadiri oleh Nasuki Malim yang turun memberi sokongan kepada kami sebelum betolak dan di kesempatan itu juga beliau boleh menghadiri sesi “Vapemeet” di meja sebelah (kira group kaki isap rokok eletronik cam ya lah tek).

Maka bermula la kisah kedukaan itu yang mana pada seawal berkumpul di rumah Hazzika, saya merasakan kondisi badan saya lemah lantas muntah-muntah dan di situlah saya rasa untuk menukarkan trip pemanduan mula kepada Affendi. Sebelum itu juga sewaktu berada di SEDC semasa aktiviti meenom saya juga mendapat khidmat rawatan urutan sakit kepala oleh mahaguru Ahmad Dzulfadli yang telah diturunkan ilmu perurutan dengan seorang lagi sang busker yang telah mencebur bidang peragawan iatu Kamal Rahim. Selesai sahaja aktiviti meenom kami memulakan perjalanan yang mana di kenderaan kami  berada di posisi belakang konvoi. Untuk mengisi keheningan malam pemanduan setiap kenderaan dibekalkan walkie talkie untuk komunikasi hiburan dan kecemasan.

Sepanjang perjalanan itu saya masih lagi mengalami sakit-sakit kepala dan perlukan rehat yang cukup sebelum membuat pertukaran pemanduan. Malang tidak berbau, Tuhan telah menguji kesabaran kami dan kami telah di timpa kemalangan jalan raya di KM29 menuju ke Sibu yang mana kereta VIVA saya @ White Buskers telah  %*?#!!@^)_@#%@#%^^_!!


Punca kemalangan tersebut tidak ingin saya kongsikan dalam ruangan ini, tapi kalau nak tahu boleh buat sesi meenom lain hari dan disitu boleh diceritakan punca sebenar. 

Sebaik sahaja kemalangan yang berlaku sepantas lalu itu masing masing bertanyakan keadaan diri waktu itu, syukur ALHAMDULILLAH kami semua selamat, tiada sebarang keceraan yang di alami, Allah s.w.t masih memberi kami peluang untuk hidup dan dengan kudhrat yang ada segera kami keluar dari kenderaan. Saya yang ketika itu masih lagi kurang sihat terus di belenggu kemurungan. Buat jarang kalinya waktu itu nama saya telah terbalik dari MARUS ke SURAM. Ingin sekali saya batalkan terus rencana kami ke Kuching. Pada masa yang sama rakan lain yang menaiki kenderaan di hadapan berpatah balik ke lokasi kemalangan setelah di maklukan tentang kejadian tersebut dan di situlah semangat setia kawan kami ada yang mana mereka telah meredakan kedukaan kami bertiga iaitu Affendi selaku pemandu yang trauma, saya selaku pemilik kenderaan yang kemurungan dan Fareez sebagai penumpang yang tersentak pinga.  

Di pendekkan cerita, setelah bantuan di perolehi di lokasi kemalangan, kami terus memulakan perbincangan untuk mendapatkan kata putus samada mahu meneruskan perjalanan ataupun membatalkannya. Tanpa mematahkan semangat, kami memutuskan untuk meneruskan perjuangan kami sama seperti kisah dalam filem Rock Oo "dalam keadaan darurat, rockers mesti bersatu" - kata joe bassist Rimba Bara kepada rakannya dan kami pun sempat bergurau dengan dialog yang sama, "DALAM KEADAAN DARURAT, BUSKERS MESTI BERSATU !!". Sempat juga kami bergurau bergelak untuk menutup duka dan mengembalikan semangat. 


Kontigensi plan kecemasan dimulakan. Affendi dan Fareez telah di hantar ke terminal bas Sibu bersama alat muzik kami dengan meneruskan perjalanan menaiki Bas, manakala saya teruskan perjalanan menaiki kenderaan Ahmad Dzulfadli. Sebelum meneruskan perjalanan ke Kuching, terlebih dahulu kami menguruskan hal laporan polis berkaitan kemalangan tersebut di Balai Trafik Sungai Merah yang mana nak mencari lokasi balai tersebut sangat sukar hinggakan terpaksa bertanyakan kepada orang awam "memakai baju liverpool" yang kebetulan ada di stesen minyak perhentian. GPS (Waze)  yang canggih pun kurang bijak untuk membantu kami kerana line sekerat kerat. 




Repot telah dibuat, saman dah keluar,urusan kereta dah di atur, maka kami teruskan perjalanan kami ke Kuching. Bagi menghilangkan kedukaan itu kami semua yang menaiki kereta Tuan Ahmad Dzulfadli diubati dengan melayan cerita dari filem Rock Oo yang tak pernah kering gusi itu.

Tup tap tup tap.. Maka tibalah kami di Bandar Kuching. Rakan-rakan kami yang tiba awal iaitu Hazzika dan isterinya Zailina yang sudah berada di tempat penginapan, juga Affendi dan Fareez yang juga tiba awal 2 jam dari kami menanti kami dengan riak wajah yang gembira kerana bersyukur masih lagi di beri kesempatan untuk berkumpul semula setelah melalui perjalanan yang panjang selama hampir 15jam itu. 


Alhamdulillah akhirnya dapat melihat pemandangan yang indah dan beristirehat menenangkan fikiran setelah trauma dari kemalangan.



                                                                
Masing masing berehat sebelum memulakan rencana yang telah di atur semula sepanjang beberapa hari kami di Kuching.

SYUKUR ALHAMDULILLAH YA ALLAH KERANA MASIH MEMBERI KAMI PELUANG UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN DAN MEMPERBAIKI DIRI KAMI




Ikutilah kisah kami di entri yang lain 
- BUSKING TOUR PART II @ KUCHING WATERFRONT