Monday 31 December 2012

EVENT REVIEW 2012

Sepanjang tahun 2012, mari kita imbas kembali sebanyak 24 aktiviti secara rasmi yang Bintulu Buskers hadiri. 

- ABF Annual General Meeting Board of Directors welcoming Dinner (02/02/2012)
- OLY Bintulu 2012 @ Everly Hotel (03/02/2012)
- OLY Bintulu 2012 @ Makamah Bintulu (04/02/2012)
- Petronas Chemicals Group Board Of Directors [ABF] (25/02/2012)
- Annual DinnerTaisei Corporation Bintulu @ Everly Hotel (10/03/2012 )
- 60+ Earth Hour 2012 @ Park City Mall (31/03/2012)
- Wedding Reception : Abdul Aznam Bin Azmat & Hajah Suhana Binti Haji Sedik (27/05/2012 Dewan Suarah)
- Wedding 
Reception : Nick Zakry & Munirah (15/04/2012)
- SHELL MDS lab gala night 2012 chill out & relax (29/04/2012)
- Busking depan Maybank beroleh wallet (14/07/2012)
- Elltai Production Launching Ceremony,Zaidi Anwari EP Launching (04/08/2012)
Wedding Reception : Amy & Eja @ Balingian (02/09/2012)
Wedding Reception : Hafriz & Hartini @ Dewan Suarah Bintulu (13/10/2012)
- Pesta Keluarga Petronas Vaie @ Stadium Tertutup Muhibah Bintulu (13/10/2012)
- Kempen kesedaran 3R bersama komuniti Bintulu anjuran Petronas Chemicals Group & Asean Bintulu Fertilizer Sdn Bhd @ Parkcity Mall Bintulu (01/11/2011)
- Farewell dinner Yang Arif Tuan John Ko Wai Seng @ Highland Restaurant (03/11/2012)
- E R Nite - Emergency and Trauma Department Bintulu Hospital @ Li Hua Hotel, Bintulu (12/11/2012)
Wedding Reception : Cousin Pendi "siktauk nama" (01/12/2012)
- Busking "The Wake Up Project" SAVE GAZA, PALESTINE @ Pantai Temasya / Tanjung Batu (02/12/2012)
- Dinner Sarawak Forestry @ Kemena Hotel (07/02/2012)
Wedding Reception : Erna & Arshad @ MPC Hall Kidurong Club Bintulu (08/12/12)
Wedding Reception : Awang Mohd Fikri & Shella Binti Sulaiman @ Kpg Assyakirin Phase II (08/12/2012)
- Jelajah Busker @ Waterfront Kuching (15/12/2012)
Wedding Reception : Hazzika & Zailina "Admin Bintulu Buskers" (23/12/2012)

Syukur Alhamdulillah banyak ilmu dan perkara baru yang di pelajari oleh rakan-rakan busker kita sepanjang terlibat dalam aktiviti busker dan sedia untuk di kongsikan pada rakan rakan lain. Semoga tahun 2013 yang bakal tiba akan memberikan lagi cabaran menarik buat Sang Busker. 




BUSKING " THE WAKE UP PROJECT | SAVE GAZA | PALESTINE ( 02/12/2012 )

The Wake-Up Project Bintulu
Pihak PEKIDA cawangan Bintulu dengan kerjasama beberapa buah Pertubuhan, Persatuan, Kelab, Komuniti dan individu di Bintulu telah mengadakan beberapa program untuk mengumpul dana bagi disalurkan kepada rakyat Palestine yang sengsara hasil daripada keganasan zionist. 

Kami juga turut bersama mereka menjayakan misi tersebut dan mengadakan sesi busking (Mini Konsert Amal Palestine) bertempat di Pantai Temasya Tanjung Batu, Bintulu 

Bintulu Buskers





The Tukang Karut - Barangkali Marus Kamaruddin


The Vocalist - Ahmad Dzulfadzli

The Guitarist - Acim Panzee

Tukang Karut merangkap pemain Seruling

 The Percussionist - Nasuki Malim


Guitar / Voc - Chas

Cajon Player - PeynDi Bhaa (muka tak nampak daaa)


Dari kiri : Acim, Chas, Marus dan Es


Segala kutipan amal ini diserahkan kepada Aqsa Syarif bahagian Bintulu dibawah pimpinan Ustaz Amin dan seterusnya akan disalurkan terus kepada rakyat Palestine.








Friday 21 December 2012

WEDDING ERNA & ARSHAD @ MPC Hall Kidurong Club Bintulu



Event : Majlis Perkahwinan Erna & Arshad
Tempat : MPC Hall Kidurong Club Bintulu
Tarikh : 8 Disember 2012

Credit photo : Anam Baseri

Antara lagu2 yang didendangkan oleh kami pada majlis tersebut ialah : 

( Instrumental )
1. Gurindam Jiwa
2. Mutiara dari Sang Kepah
3. Tari - Tari Wau. 

4. Earth Angel - Temptation
5. When you say nothing at all - Ronan Keating
6. Belaian Jiwa - Innuendo
7. Kerocong Hujan - Adibah nor
8. Just the way you are - Bruno Mars

9. My Way - Frank sinatra
10. Have you ever seen the rain - CCR
11. Widuri - Broery Marantika
12. Sentuhan Listrikmu - M Nasir

Permata untuk Isteri - Kopratasa


Sesi lakonan

Wednesday 28 November 2012

BUSKING 25/11/2012 DI WATERFRONT BINTULU


Gambar2 busking di waterfront pada hari Ahad 25.11.2012 yang lepas. 

Cajon (Tycoon) yang sudah berumur setahun lebih
berkhidmat bersama buskers

Memasang bateri Roland Cube Street

 Farida & Fender


BASS cube RX yang baru dibeli
beberapa bulan yang lalu

Acim Panzee dengan temanya pada hari
tersebut " Think  Outside the  Box "


Marus mendendangkan lagu-lagu M.Nasir. Memang kebanyakan lagu M.Nasir sesuai untuk dibawa  semasa busking

 
Sentuhan Listrikmu


   
Hari dah gelap masih ramai juga yang masih terhibur
  
Warga2 Bintulu yang sangat sporting


Sebelum

Selepas




Friday 23 November 2012

EVERLY JAMFEST 2011 (28/10/2011)


Tahun 2011 yang lepas, Parkcity Everly Hotel menganjurkan satu pertandingan ala2 battle of the band  iaitu EVERLY JAMFEST 2011. Tengah bosan takda aktiviti kami pun test la pergi audition. Tak sangka pula kami juga terpilih untuk masuk ke peringkat final pertandingan tersebut.


Audition untuk ke peringkat final


(Video) Audition. 2 lagu cover : 
Love song dari 311 dan Nat King Cole



 Macam pernah tengok je posing ni. haha

Beberapa minggu selepas audition akhirnya masa untuk ke peringkat final sudah pun bermula. Nampak saingan semuanya hebat2 belaka. Kami membawa 2 buah lagu cover :


  1. Rolling in the deep - Adele
  2. Fix you - Coldplay
Walaupun ada masalah teknikal pada gitar semasa lagu Adele, kami tetap meneruskan persembahan seperti biasa. Memang sempoi.

                                                             
Video lagu Rolling in the deep - Adele

Lagu fix you - clodplay


 Alhamdulillah dari 10 band yang turut serta dalam final, kami mendapat tempat ke-4 ! 

Friday 16 November 2012

COVER SONG : TEARS IN HEAVEN - ERIC CLAPTON



Tears in heaven

Cover video KLMJ salah satu lagu favourite dari Eric Clapton
Seingat saya video ini di ambil pada bulan Januari 2011 yang lalu. 

Lokasi : HERO PLACE
Vocal : Lee
Gitar : Es

Selamat menonton cover kami yang biasa2 je ni. Hehe 

~ Sing along with us ~

Thursday 15 November 2012

BUSKING DI PANTAI TEMASYA BINTULU


Dari kiri : Chas, Pendi, Adi dan Es (Gambar sedut Chas)

Beberapa bulan yang lalu buat kali pertamanya kami memberanikan diri untuk cuba "busking" di port baru iaitu di Pantai Temasya Bintulu. Seperti kebiasaannya port asal kami di Waterfront kerana di sana kami sudah berasa selesa untuk berhibur dan menghiburkan orang ramai. Bak kata orang, urat malu dah putus di Waterfront. Haha


Gambar dari Chas


Tetapi lain pula rasanya bila kali pertama busking di Pantai Temasya. Rasa nervous tu memang ada coz disana merupakan tempat tumpuan warga2 Bintulu untuk bersantai di hujung minggu ditambah lagi port kami busking ialah di tempat orang ramai makan dan minum. Dapat hiburan free memang best la sambil pekena ABC. 


Cover photo dari fareez hz
InsyaAllah jika tiada aral melintang pada hujung minggu ini (18/11/2012) kami akan mengadakan aktiviti busking disana buat kali ke-2. Kepada yang berminat untuk join aktiviti2 busking ini, silalah bawa saja alat2 musik korang. Group kami adalah terbuka untuk disertai mereka yang berminat.



~ Sing along with us ~

Friday 9 November 2012

KLMJ : LIVE AKUSTIK DI SOFEA CAFE (2010)

Gambar dari Iskandar Ismail

Segmen KLMJ buskers


Teringat kembali pada tahun 2010, tahun di mana kami bermula membuat persembahan akustik di sekitar cafe2 di Bintulu. Kami memilih untuk membuat persembahan pada malam Sabtu untuk membolehkan ramai pengunjung datang, maklumlah hari cuti katakan. PA System masa tu turut disediakan oleh tuan empunya kedai Kapten Mat lainlah waktu kami bermain di LOT 37 dulu kami terpaksa membawa/mengangkut sendiri PA System kami yang tak seberapa masa tu.

Setiap minggu kami akan mendendangkan kira2 20 buah lagu (BANYAK TU!). Memang dulu rasa macam MP3 player je coz setiap minggu kena cari chord2 lagu baru. Sekarang kalau suruh aku cari 20 buah lagu baru setiap minggu aku surrender awal la jawabnya. HAHA. Kami juga turut menjemput rakan2 musician yang lain untuk turut membuat persembahan bersama2. Dulu pada tahun 2010 gig pun jarang. Dengan ada nya live akustik ni, dapatlah sikit kami melepas gian untuk berhibur.

Mutiara - OAG cover dari Es & Chas


Trio busker nekroha
Marus dan gitar Kapten Mat


Dari kiri : Chas, Zika, Dayang, Uchu
Zika (No women no cry)
Chas yang kini hangat dengan lagu NI SHI WO DE YEN
Bro Adi Herman yang dari dulu selalu bersama kami membuat persembahan. Salute sama lu bro !
Waktu ni belum pandai meniup seruling, tapi sekarang fuhhh.. tanya jer set seruling apa yg korang nak, Hampir semua ada di dalam beg beliau.
Dari kiri : Chas, Es, Miena, Zika & Chris Brown

Kiri : Nasuki - Chris Brown Forever (Legend)
Gambar dari Iskandar Ismail
Memang rasa rindu nak perform di sini. Jika di jemput lagi apa salahnya untuk mengisi masa lapang. hehe

~ Sing along with us ~

Thursday 8 November 2012

FESTIVAL MUSIK AKUSTIK KREATIF 2011 (FESMAK) DI UPM BINTULU



Pada tahun 2011 yang lalu, UPM kampus Bintulu telah menganjurkan satu pertandingan akustik terbuka yang dinamakan FESTIVAL MUSIK AKUSTIK KREATIF 2011 (FESMAK). Itulah yang menarik minat kami untuk turut sama menyertai dan bersaing dengan kumpulan2 lain. Seperti selalunya, kami mengadakan sesi latihan seminggu sebelum pertandingan bermula. Dengan ahli2 busker kesemuanya dapat perform memudahkan lagi untuk kami memilih lagu yang sesuai untuk pertandingan tersebut. Sebelum pertandingan bermula, sesi ujibakat dijalankan sebulan lebih awal untuk memilih kumpulan2 yang layak memasuki peringkat final.


Video kami semasa sesi ujibakat. Lagu Fire & lagu rakyat dan 
Kumpulan yang paling akhir datang. Maafkan kami. Haha


Gambar dari Pak Alid (ROKDW Photography)
Kami simple je pada malam tersebut dengan bertemakan hari raya 
(walaupun sudah sebulan hari raya aidilfitri berlalu)


Gambar dari Pak Alid (ROKDW Photography)

                                     
Persembahan Bintulu Buskers pada malam FESMAK 2011 diiringi 
Last Minute Crew dan Regiment of Kid Do Wrong. Memang meriah ! 



Dan akhirnya....................
Kami Juara FESMAK 2011!!! Alhamdulillah :)




Wednesday 7 November 2012

AKTIVITI : STEAMBOAT


Aktiviti sampingan busker-busker. Kadang2 kami ni jarang berjumpa coz ada yang bekerja shif, Jadi jika ada kelapangan semua kami akan berjumpa lepak2 di kedai kopi (meenom), menyeteamboat atau bana lai untuk berborak dan berbincang la apa yang trending di facebook dan twitter ataupun di aduan rakyat bintulu. Haha.. Kesemua kaki steamboat ni. Makan sampai kenyang sehinggakan Acim overdosed daging dan mencari tandas rumah sendiri. hehehe


Dari sebelah kiri no 2, (nasuki) memang terkenal dengan sup tomyam nya yang RARE

Lagu rasmi kami "Terima kasih terima kasih, kepada Uchu........"

Tuesday 6 November 2012

BUSKING DI WATERFRONT KUCHING (SEPTEMBER2012)

( Ulasan ini telah dialih dalam bahasa Sarawak )


Bulan SEPT riya, skali gik kmkorg polah trip ke Kch dan kebetulan masa ya ada urusan peribadi juak di sinun. Ditemani dua org rakan SEbusker Lee & Chas turut sama pergi biasalah cun-cun kenak dengan match BPL LIVERPOOL v MAN UTD di Anfield. (tok sikda kenak mengenak dgn Bintulu Buskers). 

Petang Jumaat macam biasa polah plan awal dengan seorang member rapat di sinun Khairi yang juga salah seorang guitarist She's Nukclear. Di sebelah malam ya kmk org terus busking dengan sidak busker2 sia pun turut sama join pada malam ya. Busking di Waterfront KCH memang best, org yang nangga pun sporting2 semua. Enjoy & fun wlaupun aku main sikit jak lagu(malu) malam ya. Haha.... InsyaAllah lepas tok mok mbak full member2 Bintulu Buskers polah trip Busking di KCH. Di dalam perancangan. InsyaAllah 

Gambar2 di dibah aku sedut dari bro Ashadi dolok lah. Haha
                            
            Es & Chas busking di Waterfront Kch. (Pic via Ashadi Kamaruzaman )

   Bersama busker2 KCH. (Pic via Ashadi Kamaruzaman)


Alang-alang bercerita pasal busking di sinun tek, terus la selitkan sikit pasal match dua musuh ketat BPL tok. Hari Ahad ya macam biasa lah terus nangga match di kubu kuat MAN UTD di batu 3 sia. Alhamdulillah sik sia-sia kmk orang balit akhir. Man Utd menang dengan jaringan 2 - 1 . 


Gambar kenangan bersama die hard fans Liverpool selepas tamat perlawanan yang berkesudahan Liverpool 1 - 2 Man Utd. Gambar tok di ambik di kubu kuat Liverpool yang hanya bersebelahan jak dgn tempat kmk org nangga.

(Pic via Anam Baseri )