Pada
07-08 September 2013 (Sabtu/Ahad) yang lalu sekitar jam 4.00 hinga 6.30 petang,
Bintulu Buskers bersama sebuah pertubuhan NGO iaitu
IKRAM (ikram4Syria) telah mengadakan sesi busking amal bertempat di tapak
Pesta Layang Layang Antarabangsa Bintulu 2013, Lapangan Terbang Lama Bintulu, bagi mengutip dana untuk pelarian Syria yang kekurangan makanan, ubat ubatan dan lain lain keperluan. Sepanjang dua hari busking diadakan kami telah berjaya mengutip sebanyak RM2*** dan ucapan terima kasih kepada semua yang prihatin dan menderma terutama warga Bintulu yang hadir menjayakan Busking amal ini. Dititipkan beberapa gambar dari
Camera Samsung Galaxy sepanjang sesi busking amal diadakan.
Day 1 - Sesi busking dibuat dihadapan gerai jualan kraftangan
auntie Sally.
|
Ini dia penari jemputan Bintulu Buskers (seluar celoreng askar) pada petang itu yang menggamatkan lagi suasana. |
|
Tarian memukau dari Usher |
Day 2 - Sesi busking dihari kedua, kami mencari sendiri lokasi lain, dan pada tengah hari itu
Barangkali Marus sendiri telah berjumpa dengan urusetia tapak pesta dan memohon untuk tapak lokasi busking, tetapi pihak urusetia memaklumkan bahawa tapak untuk kami sudah penuh disewa oleh peniaga, akan tetapi sekiranya para penyewa sudi menyelitkan kami di tapak mereka pihak urusetia tiada halangan asalkan tindak mengganggu pentas utama. Sejurus itu
Barangkali Marus teruslah meninjau lokasi tapak pesta dan bertanyakan kepada penyewa yang sudi menempatkan kami. Syukurlah ada ruang untuk kami petang itu,
Barangkali Marus berjumpa sendiri kepada pihak penyewa iaitu pihak dari
Etiqa dan
Astro yang mana lokasi kami busking diantara kedua penyewa tersebut dan mereka bersetuju menempatkan kami disana.
|
Rundingan berjaya bersama wakil Etiqa. hahaha |
|
Wakil Astro.. |
|
Sekitar jam 4.30 sudah ramai pengunjung yang hadir menanti kami yang sedang buat persiapan.. |
|
Sebagai pembukaan Barangkali Marus menyampaikan ceramah dan sedikit info mengenai isu Syria dan isu semasa, juga sempat memperkenalkan IKRAM, Bintulu Buskers dan Buku Jalanan Bintulu kepada pengunjung. |
|
Loyar burok sikit. |
|
Persembahan pembukaan dimulai dengan nyanyian dari Muhammad Adwa Liew. |
|
Pengunjung yang supporting diajak menyanyi dan menari bersama.. |
|
Sekitar jam 6.30 petang kami selesai. |
Buskers yang terlibat :
Nasuki Malim
Fareez Hamzah
Muhammad Adwa Liew
Barangkali Marus Kamaruddin
Affendi Junaidi
Hashim
Naqie Yudin
Hazzika Ariffin
Nurzaiti Binti Hamdan - Wakil IKRAM
Sarah Budin -Moderator Buku Jalanan Bintulu