Friday, 31 May 2013

Busker Dan Silat

Cuba anda bayangkan Komuniti Bintulu Buskers menjadi Persatuan Silat Bintulu Buskers. hahahaha...

Sang Busker yang suka Belaqon

Monday, 27 May 2013

DISEBALIK TABIR PEMBIKINAN VIDEO HARI IBU

Pada minggu yang lalu kami dari Bintulu Buskers sempat merakamkan klip video untuk khas untuk Hari Ibu iaitu lagu cover dari N Sync "God must have spent a little more time on you", dan video tersebut sudah pun kami muat turun ke youtube. Terima kasih kami ucapkan atas komen-komen yang anda berikan terhadap video yang kami hasilkan ini.
Kami kongsikan gambar-gambar sekitar pembikinan klip video khas hari ibu.














Sang Busker yang terlibat :-
Baragkali Marus Kamaruddin
Ahmad dzulfadli Hamdan
Fareez Hamzah
Chas Liew
Nasuki Malim
Wena Wenna
Gaze Veronica Mark
Morni Lita Mokhtar

Jom Layan Video dibawah... Selamat Hari Ibu.


Barangkali Marus Kamaruddin
Tukang Tapis : Sang Busker

Sunday, 26 May 2013

Wedding : Bila Dayang Bertemu Wan

Kami titipkan beberapa gambar persembahan sekitar majlis persandingan Dayangku Maryam Binti Hj Pgn.Daud dan pasanganya Wan Mohd Zulheimy Bin Wan Abu Bakar 25 Mei 2013 bersamaan 15 Rejab 1434 yang diadakan di 453, lorong Rambai 3, jalan Tg Batu Bintulu. "Dayang bertemu Wan".

Hanya berbekalkan 2 Roland Cube Street dan 1 Roland Bass Cube yang sering kami guna untuk sesi busking sudah cukup untuk persembahan kali. Majlis yang sempoi ini dihadiri oleh pelbagai kaum dan juga diserikan lagi dengan kumpulan Kompang Hadrah, Kumpulan Zikir dan persembahan silat oleh Hj Kambar(Abg Aim) dan anak muridnya dari Silat helang Putih Perkasa Bintulu.





Barangkali tak main seruling atau percussion kali ini. menggantikan busker hazzika yang tak dapat turut serta bersama kami.

Hj Kambar atau panggilan kami Abg Aim bersama anak muridnya. dulu Barangkali marus pernah juga belajar silat dari Abg Aim ni.sekarang dah tukar cabang seni.hahaha

Aksi Silat Helang Putih Perkasa Bintulu

Senjata yang digunakan untuk persembahan ialah Kapak Kecil. mengikut cerita Abg Aim sebelum mula persembahan, kapak itu baru saja dia beli pada sebelah siangnya dan terus di ubah suai untuk persembahan malam tu.
Atas pelamin

Busker Muslim juga hadir bersama ayahanda nya Tok Lai Amir. Walaupun kehilangan alat percussionnya baru baru ni tapi  Busker Muslim masih kental jiwanya.hahahaha.

Tok Lai Amir... Sang Otai

Seperti biasa tiada video yang dapat kami rakam semasa persembahan,
Sang Busker yang hadir :-
Ahmad Dzulfadli Hamdan -Vokal
Barangkali Marus Kamaruddin - Vokal, Bass, Gitar
Chas Liew - Vokal, Gitar
Fareez Hamzah - Gitar, Cajon
Nasuki Malim - Percussion
Muslim - Percussion

Penulis - Barangkali Marus Kamaruddin
Tukang tapis - Fareez Hamzah/Lee Checker

Friday, 24 May 2013

IKLAN BUSKING DARI BINTULU BUSKERS YANG LALU

Gambar-gambar iklan Bintulu Buskers yang lalu. Rasanya banyak lagi gambar yang lain cuma ini saja yang sempat dicari dari sumber Facebook Bintulu Buskers.






Sekiranya anda berkesempatan tiap hujung minggu marilah kita busking bersama-sama di Waterfront Bintulu atau Pantai Temasya Tanjung Batu, segala rencana busking akan dimaklum melalui Facebook kami. Jika anda punyai cadangan lagu-lagu baru dan yang menarik untuk kami persembahkan di pentas jalanan boleh link kan contoh video youtube ke wall facebook Bintulu Buskers.



Thursday, 16 May 2013

BUSKING (PERCUSSION YANG HILANG)

Sehingga ke hari ini kami dari Bintulu Buskers sangat terasa akan kehilangan alat muzik milik salah seorang busker kami iaitu saudara Muslim yang mana set conga dan bonggo yang baru sahaja beliau beli telah hilang dicuri, malah hanya sempat digunakan 2 kali sahaja dalam sesi busking mingguan kami. Bagaimana, dimana, siapa ?? tak perlu lah diulas lanjut, yang pasti ia berlaku pada 22 april 2013. 
Rakaman sesi busking buat kali pertama bersama alat percussion Muslim di Waterfront Bintulu


Kami titipkan gambar busking terakhir petang itu bersama set conga dan bonggo yang kami adakan di Pantai Temasya Tg. Batu Bintulu.
 
Lokasi busking
Testing Testing...Padi..
Muslim, Barangkali Marus Kamaruddin dan Fareez


Hasil boleh buat MEENOM ramai ramai


Sang vokal utama dalam Bintulu Buskers


Muslim bermain Cajon


Busker baru yang sedang belajar memutuskan urat malunya.








Patah akan tumbuh,
Hilang akan berganti.
Yang Baru kena curi,
esok lusa boleh beli.

Penulis : Barangkali
Tukang Filter : Admin BB