Sunday, 26 May 2013

Wedding : Bila Dayang Bertemu Wan

Kami titipkan beberapa gambar persembahan sekitar majlis persandingan Dayangku Maryam Binti Hj Pgn.Daud dan pasanganya Wan Mohd Zulheimy Bin Wan Abu Bakar 25 Mei 2013 bersamaan 15 Rejab 1434 yang diadakan di 453, lorong Rambai 3, jalan Tg Batu Bintulu. "Dayang bertemu Wan".

Hanya berbekalkan 2 Roland Cube Street dan 1 Roland Bass Cube yang sering kami guna untuk sesi busking sudah cukup untuk persembahan kali. Majlis yang sempoi ini dihadiri oleh pelbagai kaum dan juga diserikan lagi dengan kumpulan Kompang Hadrah, Kumpulan Zikir dan persembahan silat oleh Hj Kambar(Abg Aim) dan anak muridnya dari Silat helang Putih Perkasa Bintulu.





Barangkali tak main seruling atau percussion kali ini. menggantikan busker hazzika yang tak dapat turut serta bersama kami.

Hj Kambar atau panggilan kami Abg Aim bersama anak muridnya. dulu Barangkali marus pernah juga belajar silat dari Abg Aim ni.sekarang dah tukar cabang seni.hahaha

Aksi Silat Helang Putih Perkasa Bintulu

Senjata yang digunakan untuk persembahan ialah Kapak Kecil. mengikut cerita Abg Aim sebelum mula persembahan, kapak itu baru saja dia beli pada sebelah siangnya dan terus di ubah suai untuk persembahan malam tu.
Atas pelamin

Busker Muslim juga hadir bersama ayahanda nya Tok Lai Amir. Walaupun kehilangan alat percussionnya baru baru ni tapi  Busker Muslim masih kental jiwanya.hahahaha.

Tok Lai Amir... Sang Otai

Seperti biasa tiada video yang dapat kami rakam semasa persembahan,
Sang Busker yang hadir :-
Ahmad Dzulfadli Hamdan -Vokal
Barangkali Marus Kamaruddin - Vokal, Bass, Gitar
Chas Liew - Vokal, Gitar
Fareez Hamzah - Gitar, Cajon
Nasuki Malim - Percussion
Muslim - Percussion

Penulis - Barangkali Marus Kamaruddin
Tukang tapis - Fareez Hamzah/Lee Checker

1 comment:

  1. sayang aku x dpt join event tok mlm ya, sibuk di sebelah bini aku masa ya...insyaAllah next time aku cuba luangkan masa bersama geng buskers haha...u r the best!

    ReplyDelete