Monday, 17 June 2013

BUSKING DAY BERSAMA BUKU JALANAN

Bertarikh 16 Jun 2013, Bintulu Buskers mengadakan sesi busking mingguan seperti biasa di lokasi Waterfront Bintulu dan kali ini kami tidak busking sendirian kerana ada jiran baru yang memeriahkan lagi aktiviti riada buat warga Bintulu.
Siapa jiran baru kami tu?
Bukan geng Senamrobik seluar ketat la.....yang kebetulan tiada membuat senaman semalam, tetapi rakan dari Buku Jalanan Bintulu.
Apa itu Buku Jalanan Bintulu?
Nak tahu lagi lanjut bolehlah "Like" pages facebook dengan kata carian Buku Jalanan Bintulu.

Kami titipkan gambar sesi busking dan buku jalanan semalam.

Panorama busking petang hari di Waterfront Bintulu

Chas Liew dengan lagu Chinese

Barangkali Marus Kamaruddin dengan lagu-lagu dangdut.

Acim yang menjadi kegilaan wanita, ada juga awek yang datang semata-mata nak tengok Acim busking.


Ini dia jiran baru kami Buku Jalanan Bintulu, gambar saudara Adi Herman yang menderma bahan bacaan kepada Barangkali Marus

Makin petang makin ramai pengunjung

Fareez sedang mentelaah buku judul "Bercakap Dengan Jin"



info :-
Buku Jalanan Bintulu

6 comments:

  1. Harus diperluaskan agik aktiviti Buku Jalanan tok rus, pakei mendidik masyarakat tentang pentingnya budaya membaca! Respect...aku suka usaha mcm tok.

    ReplyDelete
  2. percanggahan info membuatkan aku terpesong ke pantai temasya tg batu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpa ujung minggu ni ada lagi di lokasi yg sama...haha harap kali ini tiada percanggahan info lagi

      Delete
    2. Aku sik pasti pulak siapa yg pada kat tg batu.sbb aku post kat BJB padah kat waterfront jak.sik hal lain kali ada gik

      Delete
    3. Haha...sila minta maaf punya pasal

      Delete