Wednesday, 31 July 2013

Disebalik Tabir Rakaman Lagu Untuk Klip Video Raya Part 1

Malam tadi 30 Julai 2013 Selasa kami telah berkesempatan merakamkan lagu raya cover "Suasana Hari Raya" yang di popularkan oleh Anuar Zain dan Elina untuk klip video Bintulu Buskers Raya di Studio Reg, Rakaman ini hanyalah sekadar suka suka untuk kami jadikan simpanan kenangan di hari tua. hehehe. Untuk sesi rakaman video klip pula insyaAllah akan kami buat buat pada hujung minggu ni dan kalau tiada halangan akan kami kongsikan video ini pada hari raya aidilfitri nanti dan disertakan ucapan ringkas raya dari rakan rakan busker.. Terima kasih juga buat Amy Reg yang sama-sama membantu menjayakan sesi rakaman ini.. Yang pastinya untuk sesi rakaman video nanti akan ramai lagi busker busker akan terlibat sama dan bermacam-macam lagi ragam akan kami kongsikan dalam part 2 nanti

Sang Busker yang terlibat dalam rakaman lagu malam tadi :-
1. Adi Herman - Bass
2. Fareez Hamzah - Gitar
3. Muhammad Adwa Liew- Gitar, Percussion
4. Affendi Junaidi - Cajon
5. Barangkali Marus Kamaruddin - Gendang Rebana, Seruling.

Dititipkan beberapa gambar yang sempat kami ambil malam tadi :-




Adwa Liew sang pengitaran.

Fareez cinta muka buku







Affendi sang Percajonan.

Adi Herman sang pembassisan the bieeesttttt.........




Barangkali Marus sang penyeruling.


Fareez sang Gendang perebanaan.

Amy sang belaqon



Ini meja hanya Amy yang berkuasa..nak tambah gula,garam,cuka semua dia punya tangan yang bikin.
maaf saya guna perkataan sang pembuskingan.
Sekian.........


Monday, 29 July 2013

Bintulu Buskers Bersama muZzy

Gambar kenangan 2011 bersama Bro muZzy selepas selesai membuat persembahan. Bintulu Buskers telah dijemput oleh muZzy sendiri untuk menjayakan majlis pelancaran album pertama beliau beliau iaitu album Destinasiku bertempat di Dewan Pustaka Miri.. Terima kasih kepada abang muZzy yang juga menyokong usaha kami dan membantu kami memperkenalkan diri sebagai kumpulan muzik jalanan di sekitar Sarawak.



Gambar yang dirembat dari rakan blogger
http://metukulau.blogspot.com/2011/06/cd-muzzy-album-pertama-destinasiku.html

Jangan lupa temui muZzy pada 4 Ogos 2013 ini di (muZzy Wow GIG Live Performance) @Channel 180 iTV Astro.

Tuesday, 23 July 2013

MAJLIS PERKAHWINAN BADIOZAMAN & NURANISA

Sebagaimana yang diceritakan dalam entri sebelum ini BB telah di undang untuk membuat persembahan di majlis persandingan Badiozaman dan Nuranisa pada 24 Mac 2013 (Ahad) yang diadakan di Dewan Baitulmal Kuching
 
Sang busker yang terlibat masa itu ialah :
Ahmad Dzulfadli (vokalis)
Gazelina (vokalis)
Wena Wenna (vokalis)
Fareez Hamzah (gitar 1)
Chas Liew (gitar 2)
Hazzika Ariffin (bass)
Affendi (cajon)
Barangkali Marus (seruling/percussion)
Dayang Nurulfiza (juru gambar/video) 
 
Dititipkan 8 gambar yang masih ada dalam simpanan Barangkali Marus
 



Senarai lagu yang diperdendangkan dalam majlis itu
Barangkali Marus Kamaruddin.
Chas Oasiss "menjeleng samwek"
Hazzika Ariffin ala ala mohwak






Friday, 19 July 2013

KLMJ : Busking Depan Sing Kwong

Kenangan lama mengusik jiwa. Dititipkan 10 gambar aksi busking dihadapan Pasaraya Sing Kwong Bintulu. Persembahan jalanan untuk mempromosikan astro b.yond. pada 18 Jun 2011
Bintulu Busker mengucapkan terima kasih kepada Busker Adi Herman yang telah memperkenalkan kami kepada Naja Entertainment dan menjemput kami membuat persebahan disini.

Buskers yang terlibat :
Barangkali - Djembe/vokal
Nasuki Malim - 2nd Djembe/Percussion/vokal
Chas Liew a.k.a Adwa Liew - Gitar/Vokal
Fareez Hamzah - Gitar
Hazzika Ariffin - Gitar Bass
Affendi - Cajon


Uji suara...1..2...3



Barangkali dengan Djembe nya.


Nasuki menyayikan lagu dangdut.

Tarian dangdut Nasuki yang sempoi.hehehhe


Chas Liew a.k.a Adwa Liew yang ketika itu masih berambut panjang.

Bawa lagu yang santai-santai untuk pengunjung Pasaraya.


 

Thursday, 18 July 2013

Lokasi Busking Akan Datang

Sebagaimana pembaca tahu Bintulu Buskers mempunyai lokasi busking utama di sekitar Bintulu iaitu di Promanade Waterfront Bintulu dan Pantai Temasya Tanjung Batu yang mana lokasi ini memang menjadi tumpuan warga Bintulu samada yang datang beriadah bersama keluarga, teman atau pacar.
Memandangkan Bandar Bintulu semakin pesat membangun dengan adanya projek pembangunan didirikan seperti pasar raya, kompleks membeli belah atau deretan bangunan kedai maka kami Bintulu Buskers telah pun mencadangkan lokasi busking baharu kami akan datang yang mana mengikut perhatian kami lokasi ini pastinya akan menjadi daya tarikan disebabkan pembangunan sekeliling. Lokasi yang kami maksudkan itu ialah di Koridor Sejarah Dan Kebudayaan Bintulu (taman yang berada di tengah-tengah Park City). Kenapa tempat ini menjadi pilihan ? sebab ia betul-betul bersebelahan pusat membeli belah (mall) yang kini sedang sedang rancak dibangunkan.
                          
Sebenarnya tempat ini bukanlah asing bagi kami kerana sebelum wujudnya Waterfront Bintulu lagi kami telah gunakan tempat ini untuk busking persendirian dikala khayalan dunia (paham-paham jak lah) kira-kira 9 ke 10 tahun yang lalu, ketika itu tempat ini masih lagi kawasan taman bunga dan rumput hijau. Selain itu lokasi ini juga menjadi tempat untuk sesi latihan mingguan kami pada waktu malam
Kami jangkakan lokasi ini akan datang akan jadi tumpuan setelah mall baharu siap, InsyaAllah kalau usia masih panjang kita jumpa disini.

Dititipkan 4 gambar gelagat kami di lokasi tersebut yang sempat kami ambil:

Gambar panorama