Thursday, 18 July 2013

Lokasi Busking Akan Datang

Sebagaimana pembaca tahu Bintulu Buskers mempunyai lokasi busking utama di sekitar Bintulu iaitu di Promanade Waterfront Bintulu dan Pantai Temasya Tanjung Batu yang mana lokasi ini memang menjadi tumpuan warga Bintulu samada yang datang beriadah bersama keluarga, teman atau pacar.
Memandangkan Bandar Bintulu semakin pesat membangun dengan adanya projek pembangunan didirikan seperti pasar raya, kompleks membeli belah atau deretan bangunan kedai maka kami Bintulu Buskers telah pun mencadangkan lokasi busking baharu kami akan datang yang mana mengikut perhatian kami lokasi ini pastinya akan menjadi daya tarikan disebabkan pembangunan sekeliling. Lokasi yang kami maksudkan itu ialah di Koridor Sejarah Dan Kebudayaan Bintulu (taman yang berada di tengah-tengah Park City). Kenapa tempat ini menjadi pilihan ? sebab ia betul-betul bersebelahan pusat membeli belah (mall) yang kini sedang sedang rancak dibangunkan.
                          
Sebenarnya tempat ini bukanlah asing bagi kami kerana sebelum wujudnya Waterfront Bintulu lagi kami telah gunakan tempat ini untuk busking persendirian dikala khayalan dunia (paham-paham jak lah) kira-kira 9 ke 10 tahun yang lalu, ketika itu tempat ini masih lagi kawasan taman bunga dan rumput hijau. Selain itu lokasi ini juga menjadi tempat untuk sesi latihan mingguan kami pada waktu malam
Kami jangkakan lokasi ini akan datang akan jadi tumpuan setelah mall baharu siap, InsyaAllah kalau usia masih panjang kita jumpa disini.

Dititipkan 4 gambar gelagat kami di lokasi tersebut yang sempat kami ambil:

Gambar panorama





2 comments: