Thursday, 4 April 2013

PERCUTIAN RIANG DUKA BINTULU BUSKERS ( 22 MARCH 2013 )

Kisah entri kali ini saya (Barangkali Marus Kamaruddin) akan menceritakan suka duka perjalanan Bintulu Buskers mengharungi keceriaan dalam kedukaan yang mana kisah baru sejarah hitam yang terpalit ini cukup memberikan kesan yang mendalam bagi sang buskers yang melaluinya sendiri. Semoga coretan ini mampu sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada kita bahawa ajal dan maut itu di tangan Tuhan.

Sebelum memulakan cerita,ingin sekali saya kongsikan satu Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:  


"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun." - (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Kesimpulan Hadis:  

1. Sabar menghadapi cubaan boleh menghapuskan segala dosa.
2. Cubaan yang paling dahsyat adalah cubaan yang dihadapi oleh para nabi kemudian orang-orang soleh seterusnya ke bawah secara berturut-turut.

Dari apa yang kami pelajari SABAR itu memang penting dalam meneruskan kehidupan, tak lupa juga buat kawan-kawan yang sekian lama bersama dan juga sama membantu dalam menciptakan sabar bagi menumpuh dugaan ini.

Kisah keceriaan ini di mulakan apabila sekali lagi kami menerima undangan untuk mengadakan persembahan di majlis perkahwinan Badiozaman & Nuranisa di Kuching yang diadakan di Dewan Baitulmal pada 24 Mac 2011. Seperti biasa bila mendapat undangan sebegini awal-awal lagi saya dan rakan rakan yang lain buat persiapan latihan persembahan dan untuk kali ini

Tengok Nasuki, dia sibuk dengan rokok elektroniknya.
Bintulu Buskers menampilkan muka baru untuk sama menjayakan perembahan iaitu Gaze Veronica Mark dan Wena Wenna yang tampil buat kali kedua bersama kami, manakala Nasuki Malim yang diharapkan turut serta untuk persembahan kali ini pula yang tidak dapat bersama kami kerana permohonan cutinya tidak diluluskan kata nya yang
memaklumkan kepada saya melalui perbualan telefon nokia nya setelah kehilangan iPhone4s. Jadi tak dapat la orang orang Kuching melihat tarian unik percussion dari beliau. Begitu juga dengan Jurukamera rasmi Bintulu Buskers kami iaitu Anam Baseri juga tidak dapat bersama sama untuk kali ini. Seperti biasalah tabiat sang busker yang suka main-main dan bila dah nak dekat tarikh nak pergi baru nak serius praktis. (last minit last minit)

Tup tap tup tap... bermulalah kisah tersirat dari keriangan kami, maka hari nya tiba untuk kami memulakan perjalanan ke Kuching iaitu pada malam 22 Mac 2013, Jumaat. Sebelum memulakan perjalanan kami telah berkumpul di rumah Hazzika (Bassist) @ The Hero Place (tempat kami selalu mengadakan sesi latihan). Perjalanan kami telah dibahagikan kepada 2 kumpulan yang mana kumpulan pertama Hazzika bersama isterinya Zailina menaiki bas. Manakala kumpulan kedua menaiki dua buah kereta iaitu saya bersama, Affendi (Cajon) dan Fareez (Guitar) menaiki kereta VIVA QMT 1785 juga saya berikan jolokan nama “White Buskers” dan Ahmad Dzulfadli (Vocalist) , Charles (Guitarist), Gaze (Voc) dan Wenna (Voc) pula menaiki QTJ 8451. Kami memulakan perjalanan lebih kurang jam 11 mlm.

Memandangkan kami adalah kumpulan kedua yang mana menaiki kenderaan sendiri, jadi adalah lebih molek kami “meenom” dulu di SEDC. Aktiviti meenom kami juga di hadiri oleh Nasuki Malim yang turun memberi sokongan kepada kami sebelum betolak dan di kesempatan itu juga beliau boleh menghadiri sesi “Vapemeet” di meja sebelah (kira group kaki isap rokok eletronik cam ya lah tek).

Maka bermula la kisah kedukaan itu yang mana pada seawal berkumpul di rumah Hazzika, saya merasakan kondisi badan saya lemah lantas muntah-muntah dan di situlah saya rasa untuk menukarkan trip pemanduan mula kepada Affendi. Sebelum itu juga sewaktu berada di SEDC semasa aktiviti meenom saya juga mendapat khidmat rawatan urutan sakit kepala oleh mahaguru Ahmad Dzulfadli yang telah diturunkan ilmu perurutan dengan seorang lagi sang busker yang telah mencebur bidang peragawan iatu Kamal Rahim. Selesai sahaja aktiviti meenom kami memulakan perjalanan yang mana di kenderaan kami  berada di posisi belakang konvoi. Untuk mengisi keheningan malam pemanduan setiap kenderaan dibekalkan walkie talkie untuk komunikasi hiburan dan kecemasan.

Sepanjang perjalanan itu saya masih lagi mengalami sakit-sakit kepala dan perlukan rehat yang cukup sebelum membuat pertukaran pemanduan. Malang tidak berbau, Tuhan telah menguji kesabaran kami dan kami telah di timpa kemalangan jalan raya di KM29 menuju ke Sibu yang mana kereta VIVA saya @ White Buskers telah  %*?#!!@^)_@#%@#%^^_!!


Punca kemalangan tersebut tidak ingin saya kongsikan dalam ruangan ini, tapi kalau nak tahu boleh buat sesi meenom lain hari dan disitu boleh diceritakan punca sebenar. 

Sebaik sahaja kemalangan yang berlaku sepantas lalu itu masing masing bertanyakan keadaan diri waktu itu, syukur ALHAMDULILLAH kami semua selamat, tiada sebarang keceraan yang di alami, Allah s.w.t masih memberi kami peluang untuk hidup dan dengan kudhrat yang ada segera kami keluar dari kenderaan. Saya yang ketika itu masih lagi kurang sihat terus di belenggu kemurungan. Buat jarang kalinya waktu itu nama saya telah terbalik dari MARUS ke SURAM. Ingin sekali saya batalkan terus rencana kami ke Kuching. Pada masa yang sama rakan lain yang menaiki kenderaan di hadapan berpatah balik ke lokasi kemalangan setelah di maklukan tentang kejadian tersebut dan di situlah semangat setia kawan kami ada yang mana mereka telah meredakan kedukaan kami bertiga iaitu Affendi selaku pemandu yang trauma, saya selaku pemilik kenderaan yang kemurungan dan Fareez sebagai penumpang yang tersentak pinga.  

Di pendekkan cerita, setelah bantuan di perolehi di lokasi kemalangan, kami terus memulakan perbincangan untuk mendapatkan kata putus samada mahu meneruskan perjalanan ataupun membatalkannya. Tanpa mematahkan semangat, kami memutuskan untuk meneruskan perjuangan kami sama seperti kisah dalam filem Rock Oo "dalam keadaan darurat, rockers mesti bersatu" - kata joe bassist Rimba Bara kepada rakannya dan kami pun sempat bergurau dengan dialog yang sama, "DALAM KEADAAN DARURAT, BUSKERS MESTI BERSATU !!". Sempat juga kami bergurau bergelak untuk menutup duka dan mengembalikan semangat. 


Kontigensi plan kecemasan dimulakan. Affendi dan Fareez telah di hantar ke terminal bas Sibu bersama alat muzik kami dengan meneruskan perjalanan menaiki Bas, manakala saya teruskan perjalanan menaiki kenderaan Ahmad Dzulfadli. Sebelum meneruskan perjalanan ke Kuching, terlebih dahulu kami menguruskan hal laporan polis berkaitan kemalangan tersebut di Balai Trafik Sungai Merah yang mana nak mencari lokasi balai tersebut sangat sukar hinggakan terpaksa bertanyakan kepada orang awam "memakai baju liverpool" yang kebetulan ada di stesen minyak perhentian. GPS (Waze)  yang canggih pun kurang bijak untuk membantu kami kerana line sekerat kerat. 




Repot telah dibuat, saman dah keluar,urusan kereta dah di atur, maka kami teruskan perjalanan kami ke Kuching. Bagi menghilangkan kedukaan itu kami semua yang menaiki kereta Tuan Ahmad Dzulfadli diubati dengan melayan cerita dari filem Rock Oo yang tak pernah kering gusi itu.

Tup tap tup tap.. Maka tibalah kami di Bandar Kuching. Rakan-rakan kami yang tiba awal iaitu Hazzika dan isterinya Zailina yang sudah berada di tempat penginapan, juga Affendi dan Fareez yang juga tiba awal 2 jam dari kami menanti kami dengan riak wajah yang gembira kerana bersyukur masih lagi di beri kesempatan untuk berkumpul semula setelah melalui perjalanan yang panjang selama hampir 15jam itu. 


Alhamdulillah akhirnya dapat melihat pemandangan yang indah dan beristirehat menenangkan fikiran setelah trauma dari kemalangan.



                                                                
Masing masing berehat sebelum memulakan rencana yang telah di atur semula sepanjang beberapa hari kami di Kuching.

SYUKUR ALHAMDULILLAH YA ALLAH KERANA MASIH MEMBERI KAMI PELUANG UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN DAN MEMPERBAIKI DIRI KAMI




Ikutilah kisah kami di entri yang lain 
- BUSKING TOUR PART II @ KUCHING WATERFRONT









3 comments:

  1. Seriously aku rasa insaf lekak membaca kisah kitak orang tok guys, dapat aku imagine keadaan mcm ya sbb masa aku sakit tenat kenak serangan kolesterol hari saya (sebelum Bintulu Music Fest) aku dah hampir putus asa dan breakdown, badan aku mala jak sakit2, tapi nasib ada rakan2 musicians mcm ktkorang, borhan, rezal dan semua geng BIMM berik kata semangat...dalam keadaan yg sakit2 pun aku mampu mengendalikan Bintulu Music Fest, the show must go on! Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...thanx guys!

    ReplyDelete
  2. takowg nang kental... walaupun dugaan datang menimpa... tp hati takowg tetap kuat mowk terus maju dalam bidang muzik tok... aq sokong perjuangan takowg... hope BINTULU BUSKERS tetap bersatu...

    ReplyDelete