Entri KLMJ kali ini BB nak kongsikan kisah penglibatan antara dua buah negeri berjiran iaitu Sabah dan Sarawak yang menjadikan pentas muzik jalanan itu sebagai satu ikatan kekeluargaan. Maka terjadilah sejarah apabila kami dari Bintulu Buskers bergabung bersama rakan rakan musisi dari Sabah yang rata rata ketika itu mereka adalah dalam keluarga KKMP (KK Music Production) dan kami mengadakan busking.
Titik pertemuan antara BB dan KKMP bermula apabila kami mengenali Robsen a.k.a Aqasyahirul dan Tajul Andez melalui facebook ,kita orang panggil nama singkatan di 'Cen'. Di situ komunikasi antara kami baik dan sering bertukar-tukar cerita mengenai muzik. Kebetulan sebelum perkenalan itu, kami dari BB telah awal menempah tiket Kapal terbang Air Asia yang mana ketika itu di iklankan 6 bulan sebelumnya dengan harga yang murah dan kami terus rencanakan misi percutian kami ke Sabah.
Seperti biasa sekiranya sang busker merancangkan trip ke luar Bintulu sudah semestinya peluang itu digunakan untuk busking sekali. Itulah yang terjadi bila trip ke Sabah ini di rencanakan.
Pada 25 Mei 2011(Rabu), kami telah tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Sabah melalui penerbangan Miri ke Kota Kinabalu, sebelumnya kami memandu kenderaan sendiri dari Bintulu ke Miri.
Dalam rencana awal seramai 10 orang yang pergi tetapi setelah sampai ke tarikh itu hanya 7 orang saja yang menyertai trip ini iaitu :-
Saya sendiri Barangkali Marus (ketua rombongan)
Nasuki Malim (juru video guna iPhone 4 masa tu)
Fareez Hamzah (pembantu juru kamera)
Iskandar Ismail (juru kamera)
Yasmin (smeteter crew)
Aminah (smeteter crew)
Yanie (smeteter crew merangkap juru kamera Lomo praktikal)
Setibanya di tempat penginapan kami iaitu di Promanade Api Api, kami terus di datangi oleh Robsen dan 2 orang rakannya yang aku dah lupa namanya. Terus di situlah pertemuan pertama kami dan kami terus menjadualkan aktiviti untuk busking dan aktiviti lain yang mereka sendiri telah aturkan juga untuk kami bagi mengisi percutian kami di sana.
Di hari ke 2 disana kami telah rencanakan untuk ke pulau dan hari ke 3 pula kami bersiar di sekitar kota.
*Misi Busking
Hari ke 4 iaitu 25 Mei 2011 (Sabtu) petang itu sekitar jam 4 kami mulakan aktiviti busking di Dataran Todak yang tak jauh dari Hotel Hyatt. Kami dari BB hanya berbekalkan sebijik gitar iaitu 12 strings Tanglewood dan harmonika aku saja. Robsen datang siap bawa kawan busking bersama. Pada sebelah tengah hari sebelum busking itu kami sempat pergi ke Centre Point untuk bagi sokongan kepada Robcen yang masuk final pertandingan menyanyi.
Dititipkan gambar busking pada hari itu.
Nasuki bersama Otakk.. Brader yang tak di kenali ini lepak kat situ tengok kita orang busking dan terus masok line join sekaki, brader ini mendendangkan lagu "Tarik Ganja dan Bulan 8 di Sandakan" hehe |
.
Rasa macam peragawan pun ada. haha. Bila tengok ikan todak belakang tu, korang pasti dah dapat bayangkan apa yang menarik kat situ |
Robsen mengepalai kami busking pada petang itu. |
Aku dah lupa dah nama yang paling kanan dalam gambar tu. Cuma aku ingat nama Glamour nya Polat Sii Khiyo dan sebelah Robsen tu Rojan Ariez |
Yasmin, Yanie, Aminah, Fareez duduk santai tengok rakan-rakan dari Sabah busking, al maklum lah tempat orang tak boleh tunjuk belang. |
Hari ke 5, 26 Mei 2011 (Ahad). Rakan rakan dari KKMP ni memang sangat peramah, jadi pada hari itu mereka telah merencanakan aktiviti menarik petang tu. Sekitar jam 3 petang kami telah berkumpul di Pantai Tanjung Aru dan mengadakan BBQ sambil busking. Kali ini yang hadir lagi ramai dan kami tak sangka pula sambutan di kalangan mereka cukup baik.
Aku sangat teruja dapat memukul Djembe ni |
Aksi Buskers Sabah |
Djembe dan Seruling ni aku beli kat sana sebagai buah tangan balik dari Sabah |
Julie Melissa Justin dengan nyanyian yang cukup mengujakan kami |
Robsen dan Rojan Ariez sekali lagi bersama kami, manakala Nasuki sedang tengok awek kat tepi hahaha (gurau je) |
Rodie Sofarz orang kuat KKMP STUDIO membawa kek hari jadi, tapi aku lupa untuk anak nya atau isterinya. haha. Fareez mengalun rentak Cajon |
Inilah alat muzik yang kami guna untuk busking pada petang tersebut |
Dinima Fatimah Saad, juga senang di panggil "Ibu" oleh semua dan yang palingsenior antara kami semua. Sesungguhnya beliau sentiasa menyokong aktiviti anak muda di sekitar Sabah. Respect ! |
Bila semua dah makan kenyang, hati pun senang untuk menyanyi menari bersama |
Lagu "Abang Beca" |
Lagu 'Anak Kampung' di mainkan. Waktu tu lagu ni memang popular di Sabah, Balik sahaja dari Sabah kami terus bawa lagu ini dalam sesi busking kami di Bintulu, tapi masa tu tak ramai sangat yang tahu, dalam corong radio pun belum keluar lagi, sehinggalah beberapa minggu kemudian terus lagu ni meletop kat Sarawak dan sehingga kini seluruh Malaysia dah tahu lagu ini macam virus merebak.
Awek yang cuba main seruling yang aku tinggalkan atas kerusi. Ceewwahhhhhh ~ |
Bila dah ramai memang seronok la nyanyi sambil ber-Poco Poco, siap pelancong minah salleh pun tutur serta sekali. Nasuki turut bersama di dalam gambar. |
Poco Poco diiringi akustik, dan sangat jelas sekali beat Djembe mengikut rentak senaman.
|
Dinima Fatimah Saad bagi tunjuk ajar sikit gerak tari Sabah.
|
Layan habis |
Nasuki Malim pun nak Poco poco juga gara gara nak tengok dekat minah salleh tu.
|
Barisan Busker dari Sarawak dan Sabah bergabung mantap..
Fareez yang bermain Cajon sebelah aku tercicir dalam gambar. |
Sha la la sha la la ....
Jejaka Sabahan |
Akhirnya ada juga jejaka Sarawakian kita ni menyorok belakang. |
Wakil dari KKMP dan Bintulu Buskers @ Pantai Tanjung Aru,
berlatar belakangkan Pulau Manukan dan Pulau Sapi yang mana kedua dua pulau tersebut telah kami lawati. |
Banyak lagi gambar sebenarnya tapi cuma ini saja dalam simpanan aku, begitu juga video yang dirakam melalu iPhone Nasuki Malim cuma tak pasti sama ada masih lagi dalam simpanan beliau atau tidak.Kalau ada akan kami kongsikan kemudian.
Banyak perkara yang Saya bersama Fareez dan Nasuki pelajari dari mereka dan begitu juga mereka yang mendapat sesuatu ilmu dari kami BB kongsikan pada mereka, walaupun pada mulanya kami merasa humble sikit bersama mereka (malu di tempat org hehe), Kami bertiga rasa bertanggung jawab untuk merekrut semula ahli-ahli BB yang tak berkesempatan bersama kami di Sabah agar memutuskan lagi urat malu mereka. hehehe.
Masih aku ingat ketika kami di Sabah, rakan busker Sabah ada menyanyikan lagu rakyat mereka iaitu 'Tinggi Tinggi Gunung Kinabalu' ketika busking, jadi aku rasa sesuatu yang kurang pada Bintulu Buskers ketika itu yang tak bawa lagu rakyat dari Sarawak. Oleh kerana itulah sekembalinya kami ke Sarawak, aku terus mencadangkan lagu rakyat Sarawak iaitu lagu 'Puteri Santubong Puteri Sejinjang dan lagu Pak Tambang' untuk dijadikan lagu rakyat tersebut sebagai lagu rasmi Bintulu Buskers yang mana lagu tersebut aku medley kan dan telah diolah sedikit oleh Fareez sehingga menjadi sedap bila di persembahkan. haha !
Terlalu banyak pengalaman manis yang kami perolehi hingga tak bisa untuk diluahkan..wah..hebat ayat ya. InsyaAllah kalau berkesempatan waktu ingin sekali kami datang ke Sabah untuk busking lagi bersama rakan-rakan disana, dan manalah tahu dapat bersama sekali dengan rakan rakan dari Orkes Akiuku (Sabah Ukulele Group) yang tak berkesempatan bersama kami ketika busking bersama KKMP ketika itu.
Kami mengucapkan setinggi terima kasih kami kepada semua rakan-rakan busker dari Sabah terutama buat Robsen, Tajul Andez, Rojan Ariez, Rodie Sofazr, Julie Melissa Justin, Yakin Alwi, Polat Sii Khiyo, Timothy Tharmeizi Suzien, Dinima Fatimah Saad, Brader Otakk dan lain lain yang tak dapat saya titipkan nama, al maklum la banyak makan semut.
Ayat penutup ruangan KLMJ kali ini............Sekian.
"Muzik Jalanan bisa temukan persahabatan"
Sedikit info buat anda :
KKMP
https://www.facebook.com/kkmusicproduction?fref=ts
https://www.facebook.com/groups/123707417730312/?fref=ts
BORNEO BUSKERS
Orkes Akiuku (Sabah Ukulele Group)
terbaik cik man
ReplyDeleteNext time, busking sama Akiuku Ukulele Group...bulibakalokau!
ReplyDeleteYah..itu la yg di inginkan...
Deleteaku rasa mcm ada kawan aku dlm geng2 borneo buskers ni... tp sbb ni aktiviti thn 2011, mungkin aku dah lupa atau dia belum join lg
ReplyDeleteBarangkali la..aku bnyk dah lupa nama2 yg lain.tapi insyaAllsh masih cam muka sidaknya tok..
Deletebest...!!!
ReplyDeleteTerbaik
DeleteSteady laaa~ jom jelajah borneo lagi....
ReplyDeleteMari lah.hehehe
Deleterindu nyaaa nak buskingg.... jajajaaaa
ReplyDelete